Awas Para Wanita! Anda Mungkin Sedang Di Intai
Salam 1 blogger..semasa berblog walking, admin ada terjumpa satu entri ini, sangat penting untuk pengetahuan bersama, kredit CetusanStudent! Berbalik kepada tajuk asal, tahukah anda kaum wanita terutamanya ketika anda menggunakan tandas, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian di pasaraya dan lain-lain adakah anda tahu dan pasti bahawa cermin yang nampaknya biasa tergantung di dinding adalah cermin nyata, atau sebenarnya itu adalah cermin 2 arah?
Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan cermin 2 arah adalah jenis cermin yang orang disebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka.
Terfikir tak? Kalau-kalau ada orang memasang cermin 2-arah di bahagian tempat menukar pakaian wanita atau tandas? Dan apa perasaan anda jika ketika anda sedang menukar pakaian, ada seseorang yang lain khusuk memerhatikan anda disebelah cermin sana! Tambah haru-biru lagi jika gambar anda dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia.
Oleh itu, kita perlu pastikan cermin yang digunakan tu adalah cermin biasa ataupun cermin 2 arah.
Untuk mempastikan cermin itu adalah betul-betul cermin yang sebenar amatlah sukar jika hanya sekadar melihat permukaannya.
Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan dan cermin 2 arah adalah jenis cermin yang orang disebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka.
Bagaimana kita ingin bezakan? Mari lihat gambar dibawah ini.
Ini KACA DUA HALA. Apabila anda letakan jari, hujung kuku anda nampak bertemu dan tiada ruang antaranya, maka, AWAS ANDA MUNGKIN SEDANG DIINTAI!
Ini pula adalah cermin yang sebenar. Apabila anda letakkan jari anda seperti dalam gambar, hujung kuku anda akan kelihatan seperti masih ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau ditekan kuat.
Haa..jadi harap-harap gambar ini dapat di fahami oleh semua pihak terutama kaum hawa ni..Jadi berhati-hatilah hendaknya di kira di mana anda berada.. ^^v
Sumber dari - nizarazu.com
No comments:
Post a Comment