Thursday 31 October 2013

Pasukan Pencari Harta Karun Jumpa Benda Aneh Dalam Tanah


Menurut sumber web yang di perolehi, gambar ini di ambil di rusia ketika sekumpulan pencari harta karun telah mengesan satu objek di dalam tanah dengan menggunakan alat pengesan logam yang di sangkakan barang berharga, tetapi apabila tanah di korek, penemuan yang memeranjatkan, apa yang mereka ketemui ialah sebuah motosikal berusia kira-kira 80 tahun. (Krasnyi Oktyabr) L-300, atau asal DKW Luxus 300.

Tiada siapa yang tahu bagaimana motosikal itu boleh berada di dalam tanah.








Monday 21 October 2013

AlFatihah. Noreen Noor Kembali ke rahmatullah

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelakon dan penyanyi yang popular sekitar 80-an iaitu Noreen Noor. Allahyarhamah telah meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang.
noreen noor meninggal duniaAllahyarhamah Noreen Noor berusia kira-kira 40-an dan meninggalkan 2 orang anak. Beliau popular dengan lagu Siang Terbayang Malam Merindu. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. Info asal Astro Awani.

Sunday 20 October 2013

Tasha Shila buat pembedahan Payu Dara dan HidunG?

Sumber : Beautifulnara

Mentang-mentanglah bulan ini bulan Breast Cancer Awareness, gosip yang melanda Tasha Shilla pun nak dikaitkan dengan perkara tersebut. Pasti Tasha terkejut apabila ada dakwaan menyatakan dia membuat pembedahan hidung dan payudara di Bali. Abang Nara pelik juga sebab tak pernah dengar pun ada industri pembedahan sebegitu di Bali. Macam tak logik je.
tasha shila
Sekali pandang pun Abang Nara tahu dakwaan sebegini palsu belaka. Tak nampak pun beza pada bahagian hidung dan badan Tasha Shila. Kalau kata buat kat Korea, masuk akallah jugak. Tasha pun menerusi Kosmo hari ini menafikan dakwaan mengarut itu:-
Jika anda tanya di mana saya ketika itu saya tidak tahu kerana saya tidak tahu bagaimana dan bila isu ini boleh timbul dan dari mana cerita ini muncul sedangkan saya baru akan ke Bali bersama keluarga pada 27 Oktober ini.
Jika saya buat pembedahan, pasti orang yang terdekat dengan saya seperti keluarga, jurusolek dan rakan-rakan akan melihat perubahan pada muka saya. Saya pelik ada sesetengah pihak yang tidak pandai menilai wajah yang telah dilakukan pembedahan dan wajah yang di anugerahkan Tuhan.
tasha shilla
Bagi Abang Nara, Tasha Shila memang dah cantik dah. Tak perlu bedah apa-apa dah. Dengan wajah sekara ng pun dah boleh pergi jauh dalam industri hiburan. Mesti ada pihak yang dengki dengan Tasha Shila. Kesian Tasha. Tak habis-habis dihimpit kontroversi. Apa kata anda?

saleem bangladesh- tinggal kenangan

Lelaki Pengemis Memiliki Suara Emas

Suara Merdu Yang Menyeramkan Part 2

Suara Merdu Yang Menyeramkan

Mesti Tengok....Anda pasti akan share video ini setelah anda Lihat

Lawak Bola Sepak (Mesti tengok)

Lawak Bola Sepak (Mesti tengok)

Undertaker hilang RXZ

Tuesday 15 October 2013

Wawa Zainal Masih Tunangan Orang Ketika Bernikah Dengan Aeril Zafrel


Sumber : beautifulnara



Satu demi satu cerita yang dibongkarkan oleh media mengenai Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Walaupun telah selamat bernikah dan dikurniakan seorang anak, masih banyak perkara yang rupa-rupanya disembunyikan oleh mereka. Salah satu daripadanya ialah Wawa Zainal adalah tunang orang ketika bernikah dengan Aeril Zafrel.
wawa zainal pernah tunang
Tunangnya yang bernama Abdul Rashid telah membuat pendedahan ekslusif menerusi BiPop semalam. Abang Nara respek dengan si Rashid ini kerana nampak tenang dan redha dengan berita perkahwinan tunangnya. Menurut Rashid, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga Wawa pada Jun 2010, iaitu selepas beberapa bulan Wawa diterima sebagai artis MiG, bagaimanapun ketika itu dia belum terbabit dengan mana-mana projek filem. Majlis pertunangan berlangsung antara keluarga saja di Lahad Datu, manakala mereka berdua berada di Kuala Lumpur.
wawa zainal
Berkenalan sejak tingkatan 5, Abdul Rashid telah pun menghantar keluarganya untuk memutuskan pertunangan mereka secara rasmi pada hari Jumaat lalu. Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca pendedahan yang dilakukan oleh Abdul Rashid mengenai hubungannya dengan Wawa Zainal.

Subhanallah. Haiwan sujud