Saturday 28 September 2013

Isteri Mat Yo akan Tetap di saman

ohartis siti aisya bini mat yo metro
Kes pertelingkahan isteri Mat Yo, Siti Aisya Adam, 24, dengan seorang pengawal keselamatan minggu lalu masih tidak berkesudahan. Kali ini pihak majikan tempah Azman Md Nayan, 49, bertugas tampil menyatakan bahawa pihaknya akan terus melanjutkan kes ini ke mahkamah tidak kiralah samaada permohonan maaf telah dibuat ataupun laporan polis telah ditarik balik. Ini adalah untuk mempertahankan kakitangan mereka.
“Tidak kira sama ada laporan polis ditarik atau permohonan maaf dibuat, kami akan tetap melanjutkan kes ini ke mahkamah. Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab, kami akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan kami,” kata Mukhveer Signh yang merupakan Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd.
AZMAN mendengar penjelasan pengurusnya Mukhveer (kanan) sambil diperhatikan Pengurus Operasi dan Pemasaran syarikat Zayed Adam Behl. - Harian Metro
AZMAN mendengar penjelasan pengurusnya Mukhveer (kanan) sambil diperhatikan Pengurus Operasi dan Pemasaran syarikat Zayed Adam Behl. – Harian Metro
Pendirian itu diambil kerana Siti Aisya sendiri yang terlebih dahulu mengugut untuk memanjangkan insiden itu ke mahkamah. Ini melalui satu SMS dari isteri Mat Yo itu kepada pihak mereka sebelum ini yang tertulis;
“pls stop calling. I have clearly video with sound my husband just wanna protect n of coz will proceed to court. just wait for our lawyer. TQ”
Itulah bongkak sangat SMS awak dengan orang tu dari awal. Tak apalah kalau rasa awak di pihak yang benar, bersidang sahaja di mahkamah menuntut hak. Siti Aisya sebelum initampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia namun permohonan maafnya dikatakan tidak releven kerana bukan rakyat Malaysia yang perlu memaafkannya, tetapi pihak terbabit dan keluarga mereka yang lebih patut menilai permohonan maaf itu.
Parodi Jep Sepah di Super Spontan:
\

No comments:

Post a Comment