Monday 23 September 2013

Kami benci bini mat yo


Dipetik dari Sinar Raudah





Assalammualaikum w.b.t..

Dik kerana ketelanjuran kata, isteri kepada bekas pemain bola sepak KelantanNorsharul Idlan Talaha telah mengundang kemarahan ramai pihak, terutama bagi peminat The Red Warriors  dan dengan itu maka ada pihak telah mewujudkan satu page bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap isteri pemain bola tersebut.

*************************************************

Hurmmm.. 

Kadang-kadang hanya dengan berdiam diri, kita akan mengerti apa yang berlaku dalam realiti. Apa sahaja imej yang kita bawa, ia akan menjadi perhatian setiap mata.. Pakaian, tingkah laku, cara percakapan, pemikiran dan nilai-nilai peribadi lain yang dapat melambangkan keperibadian seseorang. Antara yang paling ketara di nilai ialah berkaitan percakapan. Ini kerana, lidah adalah yang paling banyak digunakan untuk berhubung dan turut memberi gambaran mengenai nilai diri yang lain.

Lidah yang sangat tajam mudah melukakan, menyakitkan dan banyak hal lainya yang tidak menyenangkan. Dalam mengharungi arus kehidupan, kita akan terluka dan melukakan. Tak banyak yang kita boleh lakukan, selain menjaga lidah kita sendiri supaya ia tidak melukakan hati orang lain... Berbicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya. Itu adalah yang terbaik..

Orang yang bijak sentiasa menjaga tutur katanya agar tidak di nilai kurang sopan, tidak bijak dan gambaran keburukan lain.Tapi berlainan pula dengan orang yang tidak berhati-hati ketika bercakap seperti tidak merasa apa-apa kesalahan mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung perasaan dan mendatangkan kemarahan kepada orang lain.

Pepatah ada mengatakan, lidah itu lebih tajam daripada mata pedang jadi jagalah lidah kita sebaik-baiknya agar ia tidak melukakan dan menyakitkan hati orang lain..Terlajak perahu boleh di undur tapi terlajak kata merosakkan badan..

Jadi cara terbaik untuk menjaga lidah kita daripada berbicara perkara yang tidak baik adalah dengan mengurangkan bercakap atau bercakap perkara-perkara yang perlu saja, agar kita tidak terlepas cakap jika terlalu banyak bercakap... Inilah yang aku cuba pelajari sekarang.. jom sama-sama kita muhasabah diri ;)


Note : Rasanya x perlu la wujud page-page macam tue... Biarlah pihak yang berkenaan selesaikan hal itu dengan cara baik.. kita sebagai peminat seharusnya mendoakan agar semuanya dapat di selesaikan dengan cepat dan semoga isteri mat yo lebih berhati-hati lagi dari mengeluarkan kenyataan.. sekadar pandangan..; peace ;)



No comments:

Post a Comment